SUASANA DI JABAL RAHMAH


 

KISAH JABAL RAHMAH

Sesuai dengan nama yang diberi ke atas bukit ini iaitu Rahmah yang berarti kasih sayang, Jabal Rahmah adalah dikatakan tempat bertemunya Nabi Adam dan isterinya Hawa setelah sekian lama berpisah selepas dikeluarnya dari syurga atas perintah Allah. 

Lokasi bukit ini terletak disebelah timur Arafah.  Ia adalah sebahagian dari lokasi wukuf bagi jemaah haji.
Jarak di antara Mekah ke Jabal Rahmah (Arafah) lebih kurang 21 kilometer , mengambil masa lebih kurang 1/2 jam untuk sampai ke sini.

lokasi jabal rahmah di padang arafah Ketinggian Jabal Rahmah lebih kurang 30 meter, untuk sampai ke puncak mengambil masa paling lama 15 minit  .  Pada ketika ini telah disediakan anak-anak tangga bagi memudahkan pendakian ke puncak bukit.  Di puncak bukit ini ada terdapat satu tugu yang telah di bina bagi mengingati peristiwa pertemuan Adam dan Hawa itu.
   

Dikatakan di atas bukit ini adalah tempat yang mustajab untuk memohon doa kepada Allah bagi memilih pasangan yang terbaik bagi diri masing-masing. 

Bagi Jemaah yang mampu, digalakkan naik ke bukit ini untuk menikmati keindahan sekitar padang Arafah.  Dari atas bukit ini juga dapat di lihat dari kejauhan, Masjid Namirah, tempat di mana Rasulullah SAW menyampaikan khutbahnya yang terakhir pada 9 Dzulhijjah tahun 10 Hijrah.

Semasa membuat lawatan di Jabal Rahmah, jemaah digalakkan mengingatkan nombor plat dan lokasi bas kerana terdapat banyak bas-bas parking di sini.  Jemaah mungkin terkeliru kerana kadang-kadang bas terpaksa beralih parking disebabkan keadaan yang sesak. masjid namirah di padang arafah di musim haji
  Masjid Namirah di Arafah di musim haji